Selayang Pandang
Selamat datang ke AWA COLLECTIONS. Kami ingin memperkenalkan rekabentuk tudung yang baru dan eksklusif, yang sesuai untuk dipakai bagi menghadiri pelbagai jenis majlis serta ke pejabat. Tudung-tudung yang didatangkan khas dari Surabaya ini diperbuat dari kain yang berkualiti tinggi. Tudung ini juga meliputi bahagian dada sebagai motif utama pemakaian tudung, iaitu menutup aurat...
Dengan wujudnya perkhidmatan secara maya ini, anda tidak lagi perlu membazir wang ringgit ke atas minyak petrol, tol dan parking, termasuk juga perbelanjaan makan dan minum. Anda juga tidak perlu lagi membazir tenaga untuk berjalan kaki untuk mencari tudung idaman kerana anda boleh mendapatkan kesemuanya di sini. Anda hanya perlu membuat tempahan, dan membuat pembayaran secara online melalui maybank2u ataupun cimbclicks. Setelah pembayaran anda disahkan, tudung yang anda tempah akan sampai ke tangan anda dalam jangkamasa 3 hari bekerja. Sungguh mudah kan~?

Kami turut menawarkan perkhidmatan istimewa iaitu DEDIKASI. Kini anda boleh menghadiahkan tudung kepada orang tersayang seperti ibu, isteri, tunang dan juga kekasih. Apa yang perlu anda lakukan hanya membuat tempahan tudung pilihan anda, buat pembayaran dan kami akan menghantar terus ke alamat mereka. Pastikan butiran yang diberikan adalah tepat bagi mengelakkan berlaku kesilapan penghantaran. Lakukan sekarang~!!
[Insentif menarik ditawarkan kepada Ejen yang berminat]
--------------------------------------------------------------------


